Tuesday, 29 September 2015
Obses
Obses adalah satu situasi dimana seseuatu yang mengganggu atau sesuatu yang menggoda dan sentiasa ada dalam fikiran seseorang. Contohnya perempuan yang obses dengan warna merah jambu atau dalam bahasa inggeris iaitu "pink". wanita ini mempunyai semua barang miliknya dengan berwarna merah jambu. Hal ini kerana dirinya beranggapan bahawa merah jambu adalah sesuatu yang cantik dan satu-satunya yang bagus dimatanya. Tanpa mengira tanggapan dan persepsi orang lain terhadap warna merah jambu. Wanita ini sanggup berkorban demi mendapatkan warna kegemarannya. Salah satu pengorbanan yang sanggup dilakukan olehnya adalah sanggup menghabiskan wang ringgit demi mendapatkan barang mewah berwarna merah jambu. Seseorang yang mempunyai obses mempunyai keburukan dan kelebihannya sendiri. Terpulang kepada individu itu sendiri, kerana obses itu banyak jenis. Sekiranya merbahaya dan memudaratkan adalah lebih baik jika dikawal dan cuba dipulihkan.
Diri saya
Noraini binti Muhammad Idris adalah nama saya dan berumur 20 tahun. Keluarga dan kawan-kawan memanggil saya dengan gelaran Eni. Saya berasal dari sabah negeri di bawah bayu. Saya datang dari keluarga yang kecil iaitu dua orang adik beradik, mak dan bapa. Saya merupakan anak sulung perempuan dan mempunyai seorang adik lelaki. Bapa saya bekerja sebagai pemandu lori dan mak sebagai suri rumah. Saya dan adik masih belajar. Saya telah menyambung pengajian di ukm dalam bidang pentadbiran perniagaan dan mengambil pengkhususan dalam pengurusan sumber manusia. Tahun ini telah masuk tahun 2 pengajian saya. Saya adalah seorang yang pendek dan kecil orangnya. Lebih gemar meluangkan masa dengan melukis dan menonton kartun. Tapi mempunyai kelemahan sering membuat kerja pada saat-saat akhir. Ini adalah sedikit sahaja tentang diri saya yang boleh saya kongsikan.
Subscribe to:
Comments (Atom)