Tuesday, 29 September 2015
Obses
Obses adalah satu situasi dimana seseuatu yang mengganggu atau sesuatu yang menggoda dan sentiasa ada dalam fikiran seseorang. Contohnya perempuan yang obses dengan warna merah jambu atau dalam bahasa inggeris iaitu "pink". wanita ini mempunyai semua barang miliknya dengan berwarna merah jambu. Hal ini kerana dirinya beranggapan bahawa merah jambu adalah sesuatu yang cantik dan satu-satunya yang bagus dimatanya. Tanpa mengira tanggapan dan persepsi orang lain terhadap warna merah jambu. Wanita ini sanggup berkorban demi mendapatkan warna kegemarannya. Salah satu pengorbanan yang sanggup dilakukan olehnya adalah sanggup menghabiskan wang ringgit demi mendapatkan barang mewah berwarna merah jambu. Seseorang yang mempunyai obses mempunyai keburukan dan kelebihannya sendiri. Terpulang kepada individu itu sendiri, kerana obses itu banyak jenis. Sekiranya merbahaya dan memudaratkan adalah lebih baik jika dikawal dan cuba dipulihkan.
Labels:
Tema
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment