Tuesday, 29 September 2015

Diri saya


         Noraini binti Muhammad Idris adalah nama saya dan berumur 20 tahun. Keluarga dan kawan-kawan memanggil saya dengan gelaran Eni. Saya berasal dari sabah negeri di bawah bayu. Saya datang dari keluarga yang kecil iaitu dua orang adik beradik, mak dan bapa. Saya merupakan anak sulung perempuan dan mempunyai seorang adik lelaki. Bapa saya bekerja sebagai pemandu lori dan mak  sebagai suri rumah. Saya dan adik masih belajar. Saya telah menyambung pengajian di ukm dalam bidang pentadbiran perniagaan dan mengambil pengkhususan dalam pengurusan sumber manusia. Tahun ini telah masuk tahun 2 pengajian saya. Saya adalah seorang yang pendek dan kecil orangnya. Lebih gemar meluangkan masa dengan melukis dan menonton kartun. Tapi mempunyai kelemahan sering membuat kerja pada saat-saat akhir. Ini adalah sedikit sahaja tentang diri saya yang boleh saya kongsikan.

No comments:

Post a Comment