Thursday, 17 December 2015

N- nama

Nama tu penting tdk boleh ltak semborono ja.. sbb nama tu mlambangkan orgnya. Nama org skarang tdk sama dgn nama org dulu. Dulu nama pendek2 ja skarang ni pnjang2. Nama aku pendek. Kawan aku tegur nama aku lg pendek dr nama bapa aku. Nama bapa mmng lg pnjng dr aku.
          Ada nama pelik.. ada nama yg susah mau sebut. Macam2 lah. Ap lg aku org sabah. Banyak nama pelik yang aku jumpa. Ada yang susah mau sebut, ad yang ltak ikut rima mcm pantun ..ada rima akhir, banyak lglah. Klau ikutkan nama ni penting sbb ni lah nama yang akan org slalu sebut utk panggil kita. Biarlah nama tu ad mksdnya. Nama aku pun bnyak org ubah. Slalunya pnggil eni tp dtng sini kena pnggil aini. . Ikut jalah. Bdk gayong pula pnggil aku noraini cookies sbb a biskut jnama mcm tu. masa klah dulu lg bnyak ..aku kena pnggil kecik, blur, gadis timur, minah koya, om, makcik, doraemon, buncit  bnyak lg lah.. Layankan ja. Sbb tu cara drang gelar dan ingat aku. Cara drang describe aku . Yg peliknya aku nyahut jg. Kawan gurau2 biasalah. Tdk ambil hati pun. Layan ja. Lucu pula bila bnyak gelaran. Makin mnjadi2 gurauan drang ni.
           
         

Negatif

Aku teruk..Aku bodoh.. mcm2 lagilah aku fikir klau pasal perkara negatif ni. Akan ad satu hari yg aku rasa btapa teruknya aku selama ni. Kenapalah aku buat ni.. buat tu.. tapi tdk baik ingat bnda yg sdh jd. Perkataan 'kalaulah' perlu dihilangkan. Tidak baik kita persoalkan bnda yang sdh jadi. Nasi dah jadi bubur. Teruskan hidup. Manusia tdk pernah lari dari kesilapan. Ingat apa yang kita sdh buat tu klau baik terruskan klau salah jadikan pengajaran.
            Aku ni klau ikutkan ada banyak benda negatif yg ada dkpala aku pasal diri aku. Tapi kna ubah mindset tu. Itulah yg perlu ditnam dan latih diri supaya sntiasa fikir positif. Mmng prkara biasa klau kita ada buat slah sbb kita tdk sempurna. Aku ni klau bg nasihat org supaya positif bg smngat dgn dorang blh ja. Tapi takut ap yg aku ckp tdk serupa bikin. Aku nasihat org tp tdk ad yg nasihat aku. Orang luah dan kongsi masalah dgn aku tp aku tidak prnah luah dgn org mslah aku. Itu biasa. Setiap usaha dan benda yg kita lakukan org tdk nampak, tapi slah kita slalu ja nampak. Itu buatkan aku takut utk kongsi masalah dgn org.
             Itulah fikiran negatif yang aku perlu buang. Jadi jgn lah jd mcm aku. Ckg aku prnah pesan 'never doubt yourself because i never do', 'You have many opportunities lie ahead of you', ' your journey has just begun'. Perkataan ni masih segar lagi diingatan. Mcm mna seorang guru cuba bg aku keyakinan diri dulu supaya percaya diri. In shaa allah semua ok ..jadi be positive!! :)

Tuesday, 15 December 2015

E - Emak

E untuk emak
         Emak, mak, ibu, mama, umi semua nya sama maksud. Klau saya lebih gemar menggelar mak atau mama. Mak yang mempunyai sepasang anak sorang perempuan dan sorang lelaki. Mak ckp kami dua org adik beradik tapi mcm lima org sbb bergaduh, bising. Tapi slalu jaga dan sayng kami tnpa jemu. Adik atau lebih gemar dpnggil ambi. Seorang yg manja dgn mak. Biasa anak bongsu. Tapi sam nya aku dgn ambi sbb aku sorang ja perempuan dan sorang ja lelaki. Jadi sama ja dua2.
         Mak putih orgnya.. tinggi sedikit dr aku. Mak seorang yg suka bdak2. Di rumah mak ajar bdak asas mengaji, sbb kawasan rumah susah mau cari ustad yg blh ajar ngaji. Jadi mak yg ajar bdak2 situ utk blajar asas ngaji. Mak ckp biar bdk ni pndai baca utk solat. Selebihnya bdk2 tu blajar dsek.
         Mak slalu pesan ingat mak slalu doakan anak2 mak. Itu buatkan kami adik beradik slalu ingat mak. Cuma pernah bg tau mak mnta maaf klau ap yg mak mau tdk dpt kami cpai sbb mngkin kmampuan kami smpai situ sja. Doakan sja anak mak ni tdk berhenti dsparuh jlan. Doakan anak mak kuat supaya dpt teruskan perjuangan dlm pelajaran dan hidup. Biar kami sntiasa ingat tuhan dan tujuan hidup. Doakan agar kami sntiasa djalan yg benar. Kami dua beradik jg slalu ingat dan doakan mak dgn bapa. Sayang mak :)

Monday, 14 December 2015

Penyu

Tersebut lah kisah.. dua ekor penyu berasal dari terengganu. ^_^ Bertemu di ukm.
             Sebenarnya dua ekor penyu ni sahabatku.. Dua org ni panggil penyu sbb asal dr terengganu. Tapi tdk pasal2 aku terjebak sekali dpnggil penyu. 'adik penyu katanya'. Gembira berkawan dgn penyu2 ni sbb dorang ni mcm keluarga aku sorang abg penyu sorang kakak penyu. Penghibur hati lah kiranya dua org ni.
            Selalunya drang ni selalu gaduh. Tapi gaduh manja dan main2 shj. Bknnya gaduh betul2. Pernahlah jg penyu2 ni gaduh betul tp ok balik. Tidak tahu knp tapi rasa sunyi bila drang ni tdk ad. Rasa mcm ad yg hilang. Mesti rasa mcm tu sama mcm kwn2 lain jg. Sama mcm arwah kawan aku. Bila kita sdh selesa dan mula biasa dgn seseorg kita akan mencari dan rindu. Itu lah aku rasa apabila arwah kawan aku sdh tdk ad. Tercari2 kelibatnya..suaranya..raut wajahnya.. ;(
            Begitulah jg rasanya dgn penyu2 ni. Bila senyap..lama tdk dgr atau tdk nmpak dorang. Rindu..Mngkin sbb aku sdh anggap drang ni family. Ap lg aku dtng sini sndiri..tdk ad keluarga yg tinggal dsini. Jadi bila ad org panggil aku adik mcm dua ekor penyu ni. Aku rasa mcm ad keluarga dsini. Tdk tahu penyu2 ni anggap aku mcm mana. Tapi sayang dgn penyu >.<
 

Emosi

Emosi adlah perasaan yang ditunjukkan oleh manusia. Sedih, gembira, marah dan mcm2 lagi yang ditunjukkan oleh manusia. Aku sendiri pun sama akan menunjukkan emosi. Ikut keadaan dan situasi. Selalunya aku tdk menunjukkan kesedihan dan marah. Sebab marah dan sedih itulah yg aku tdk suka. Tapi emosi itu jglah yang akan keluar bila kita tdk mau dia keluar. 
           Emosi ni tdk baik untuk dipendam. alaa..mcm org ckp kena luahkan klau sedih nagislah. Klau marah prg lpaskan tp jgn dgn orang. Prglah teriak dbukit kah..menyanyi kah.. apa2 jalah yang kamu mau buat. perkara yang boleh buatkan kamu tenang dan lega.
           Klau aku? tdk payah tahu.. Tapi bila kawan meluahkan amarah dan sedihnya dia dgn aku blh ja. Aku ok dan lebih prefer bg drang untuk meluahkan dr simpan. in shaa allah lega kla meluahkan ni. Jadi kawan2 sekalian fahami kawan dan bantu kawan kita bila dia emosi. Baru namanya kawan. 

Friday, 11 December 2015

Batch 36

Skuad tercinta batch 36 dalam palapes adlh shabat sntiasa bersama dlm mnghadapi semua cubaan cabaran dalam masa 3thn. Mereka inilah yg akan bersama smpai habis. walaupun sdh ramai yg berhenti dan keluar dr meneruskan latihan ni. Tapi mereka yg kekal dlm ni masih tetap kuatkan smngat fizikal dan mental utk teruskan smpai habis. Bagi aku perkara yg kita mulakan hendaklah kita habiskan.
         Sayang rasanya bila aku keluar dan berhenti di tgah jln. Aku mahu habiskan klau dbnarkan dan tdk ad ap2 halangan. aku mau habiskan. Skuad aku mnjadi teman yg selalu memberi smngat. Aku cuba untuk tdk memperlihatkan kemrungan atau kesedihan dwajah ku spaya mereka semua kuat dan tdk down. Skuad aku dah penat dan tekanan ..takkan aku mau buat muka sedih..kan.. Jadi aku akan cuba sntiasa senyum. Klau penat pun senyum ja. Mngkin dgn cara ni aku blh buatkan shbat keliling aku jg ikut senyum. Sayangnya aku dgn skuad aku.. buat aku tdk pernah penat dan jemu untuk senyum dgn dorang.Kadang buat lawak supaya drang tdk buat muka masam. tpi kena sesuai dgn situasi. Ad masanya kita kena serius ad masa nya kita bergurau.
          Skuad aku lebih memahami dan sng bekerja dgn mereka sbb kami dididik dgn cara yg sama dbwh jurulatih yg sama. Mereka kenal aku bkn dkelas. Kami lalui penat bersama, sedih bersama , gurau dan gelak ketawa bersama, takut bersama. mngkin sbb itu kami lebih mengenal dan faham perwatakan masing2. Sayang batch 36. Semoga allah permudahkan urusan dan latihan kita selama tiga tahun ni. :)

Cuti

Cuti..Susah mau jumpa cuti aku dmana. Bila cuti aku kena prg latihan palapes. Aku tdkkisah sbnarnya bila cuti tdk dpt balik sbb cuti pendek. Mak dgn bapa tdk bagi balik klau setakat cuti semnggu ni. Tiket mahal sbb tu klau mau balik ambil yg lama terus. Cuti midsem kjap ja. Lagipun sdh terisi dgn latihan jd tdk ap.
          Latihan masa cuti mmng penat tp jgn layan sgt penat tu. Kita latihan untuk timba ilmu baru. Mahu blajar kena sabar dan kuat. Lagipun aku bkn sndiri ad satu skuad batch 36 teman aku. tidak bosan. Ad kawan, jurulath jd enjoy jgn stress sgt. senyum dan hadap ja bnda yg ad dpn mata. Masa berlalu dgn cepat. pejam celik pejam celik..dah habis latihan. Cuti pun habis. Tugasan pun berlambak. Kain pun bertimbun. badan pun penat. Macam2 ad lah snang ckp. Tapi senyum jgn stress. Nanti semua bnda tdk jd. Lagipun siapa lg yg akan menggembirakan hati kita klau bkn kita. kan.. :)

Thursday, 10 December 2015

Silat

Sudah lama teringin ambil seni pertahankan diri. Tapi tidak ad peluang sbb masa d sek tdk ad koko atau pun kelab silat ni.. biasalah sk pedalaman kecik prasarana kelengkapan pun biasa ja.
           Masuk silat masa matrik di labuan. Masa orientasi akan ad pengenalan kelab. Silat diperkenlkan.. aku dgn kawan pun mula lah mencari mcm mn mau masuk. Pakat ramai-ramai masuk.
Memang minat dan mau belajar.. lama cari tmpat mana boleh berguru untuk blajar silat. Akhirnya jumpa dmatrik labuan. Perempuan.. mak slalu ckp klau aku ni lembik ..clumsy.. ad-ad ja yng jatuh ap yg aku pgang. Mak risau aku mampu atau tdk sbb perempuan lembik.  Mak aku bkn halang tp risau..mak tdk pernah halang ap yng aku mau masuk. Dia akan sokong dlm ap bidang baru yng aku mau ceburi sama jg dgn bapa. Tapi bapa lebih menyokong.
           Silat buatkan aku belajar bnyak bnda baru. Benda baru yg boleh menyelamatkan diri aku drpd perkara bahaya. Lgpun bnyak saudara segayong aku dpt kenal. dipanggil saudara segayong krn kami merupakan satu keluarga dan bersaudara di bwah satu perguruan silat. Itu membuatkan aku lebih seronok dtng latihan sbb saudara segayong.
           Bila masuk ukm sambung latihan silat di bawah gelanggang yg lain tp silat gayong yg sama silat gayong malaysia. Ikatan persaudaraan yg kuat dan ilmu seni pertahankan diri membuatkan aku suka dan kekal dlm gayong smpai sekarang. In syaa allah smbung lg bila keluar dr sini :)

Sunday, 22 November 2015

Nafsu

Nafsu.. bnyak macam. Tapi sya ad Masalh nafsu mkan. Tidak berhenti..mau makan ja. Takut jd bam bam balik jd kawallah pemakanan. Pertama kali tinggal dasrama dmatrrik. Jadi yg jaa makann kita tu diri sendiri. Nafsu mkn tdk boleh kawal. Asyik makan ja kerja . mmng bam bam lah time tu. sbb makan tdk sedar diri . Setiap kali makan tapau penuh dgn nasi dan lauk.
            Nfsu makan membuak buak kali. then stau hari tu kawn tegur aku kata aku ah berisi. Baru perasan yang badan aku ni dah naik. sejak kena tegur baru mula kawal cara mkn tu. Makan mcm biasa cuma bezanya kuantiti dikurangkan. Makan berpada pada. Bam bam..tp peliknya kawan aku suka pula tgk aku mcm tu. Bila dpt kawal nafsu mkn ni baru ok sikit badan.
            Makan kena ikut masa dan berpada pada jgn ikut nafsu. Tapi jgn smpai tdk mkn nnti sakit lain pula jadinya.

Rindu

Baliklah..jumpalah selagi boleh. Itu lah yang paling baik bg seorang anak untuk menjenguk dan berjumpa orang tuanya. Tapi ap yang boleh aku buat tdk dpt balik. Ada kekangan masa dan wang menyebabkan aku tdk dpt balik berjumpa org tua ku. Setahun mngkin blh balik 2 kali ja. Itu pun syukur alhamdulillah dpt balik. Ada org tdk balik langsung sbb tdk ad duit.
           Rindunya aku dgn family hanya dpt menahan diri dan sabar. Suara dan gambar mereka sbg pengubat rindu. Kadang melihat keluarga org lain aku yang sedih. Teringat semasa minggu mesra mahasiswa untuk pengambilan mahasiswa baru. aku ditugaskan untuk membantu ibubapa dan pelajar baru untuk angkat barang. Bdk yg berbadan kecil mcm aku ni turun naik kolej untuk membantu angkat barang. Tersenyum dan happy sgt sbb tolong bdk baru. Makcik, pakcik, uncle dan auntie senyum ucap terima kasih bnyak2 dgn aku dan kawan 2 yg tolong dorang.
            Dulu aku datng ke universiti sendri naik bas ukm. Angkat brng sendiri. Jadi sedikit bantuan dari aku dan kawan2 dapat lah membantu ap yng boleh bagi melancarkan pendaftaran mereka di hari pertama di ukm. Hari tu membuat kan aku lebih rindu dgn parent sbb tdk balik kg lama. Apa lagi nmpk bdak2 baru dgn family. Hanya mampu tersenyum :)

Makanan

Sebut makanan ja mcam-macam jenis makanan yang terbayang dikepala. Waaa..sdapnya. Aku masih baru lagi disini. Masih banyak makanan yg belum aku rasa. Bukannya maksd aku di sabah tdk ad tp tinggal dpedalaman tdk sma seperti tinggal dbndar. Jadi tidak tau kalau dsabah ada mknan sama seprti yang aku baru rasa disini.
         Pelajar yang merantau ke tanah semenanjung ni boleh biasakan diri dgn mknan orang2 sini. Aku lebih gemar makan makanan yang pedas. Makanan manis tu bolehlah mkn tp tidak sgt. Makanan orang sini sedap. Teringat bila prg ke bazaar ramadhan dgn kawan2. Setiap kali jumpa nama mknan yg tdk dikenal terus tanya itu ap?..yg ini ap? ..cara makannya mcm mana? knp bntuknya mcm ni? aikk..pelik tp sedap.. Kalau ikutkan mknan sabah lg pelik .
         Kawan dr berlainan negeri perkenalkan aku dgn pelbagai jenis mknn. Kawan dr kelantan suruh mkn nasi kerabu. Orang selangor bawa mkn sate. orang terengganu bagi rasa sotong sumbat. Kawan satu ni negeri mana lupa? bg makan laksa. buddy dari melaka selalu bawa asam pedas melaka.
        Ada bnyak lagilah yang belum rasa. Nama juga satu Malaysia. Memang banyaklah . Makanan sabah ja belum kenal semua. ini kan pula makanan sini. Lain org lain citarasa. Tapi bg aku suka sangat mknan Malaysia dan Indonesia , sbb setakat ni baru rasa mknn dua negara ni.        

Petite

Eni...oii kecik. Perkataan yang biasa ku dngar dari mulut kawan2. Badan ku yang kecil dan pendek menyebabkan aku dipanggil begitu. Family pendek sbb tu aku pendek. Tapi adik aku tinggi, sbb ketinggian orang salah faham klau adik aku adalah abang aku. Sedangkan aku kakak.
            Mungkin sbb kurang minum susu kali. Tidak suka minum susu. Klau minum susu pun akan campur dgn perisa lain. Mak akan paksa aku minum susu. Mak akan buat nestum campur susu yang banyak dan paksa aku minum. Tapi sejak tidak tinggal dgn parent aku dah banyak tdk minum susu. Kawan2 yang tinggi lebih gemar untuk pegang kepala dan gosok kepala aku mcm aku ni adik dorang. Tidak kisah klau kawan buat macam tu. Klau pukul tidak boleh. Badan kecil mcm ni slalu disalahfaham klau aku ni budak sekolah. 
           Umur sdah meningkat tinggi tdak meningkat. Tapi kena bersyukur sependek pendeknya aku ada lagi yang pendek. Bersyukur anggota tubuh badan kita lengkap. Tidak ada cacat celanya. Tidak perlu salahkan takdir. 

sesal

sesal .. pasti akan ada penyesalan dalam ap yang kita buat. Penyesalan selalunya akan berlaku setelah sesuatu perkara itu sudah berlalu. Sesal adalah perkara biasa yang akan berlaku pada semua orang. Bagi mengelakan kita menyesal sebelum melakuakan sesuatu perkara itu kita mestilah berfikir masak masak sebelum membuat keputusan. Ini bagi memastikan kia tidak menyesal satu hari nanti.
           Jangan sampai satu hari nanti kita akan menyesal. Menyesal dengan perkara yang sdah berlaku. Menyesal tdk belajar betul-betul ..menyesal tdak kahwin dgn dia..menyesal tdk buat kerja awal-awal. Tapi kita manusia tdk akan lari dari kesilapan kalau kita sdah buat silap mari kita betulkan balik. Jadikan pengajaran supaya kita tidak buat lagi. 

Tuesday, 20 October 2015

Tidur

'Stay up'
Ini adalah kebiasaan student begitu jg dengan sya. Setiap hari akan tidur lewat tapi kesannya susah bngun pagi. Tapi klau ada kelas otak dah set pagi ni kena bangun siap awal untuk prg klas. Student memang macam tu. Sejak sekolah menengah lagi kebiasaan tidur lewat. Ckg sdh tegur supaya tidak amalkan tidur tdk sihat sbb tdur lewat bngun awal.

Kadang klau penat tdur dulu lepas isyak lpas tu bangun balik jam 12 atau 1 pagi. Tapi kadang klau sdh penat sgat tdur smpai pagi. Masalah sebenarnya bila tdur slalu tdk teratur ni. kepala slalu sakit. Kadang jalan mcm tdk betul bila sakit sangat kepala. Pening sbb tahan tdk tdur pagi. klas pagi mana blh tdur. Lagipun klau tdur mcm mana mau faham apa yang pensyarah ajar. Salah satu cara yang paling senang untuk faham ap yang dia ajar adalah fokus dalam kelas. Inshaa allah faham.

Kena pandai atur tidur dan rehat yang betul. Jangan ikut cara sya.

Beban

Beban boleh jadi beban berat yang perlu dipikul samada angkat barang atapun beban lain.  Beban boleh jadi kerja yang banyak smpai tdk ad masa untuk diri sendiri dan keluarga. Beban boleh jadi dalam bnyk bentuk terpulang pada individu itu sendiri. boleh jadi tugasan yang diberi oleh guru jg sebagai beban sekiranya individu itu sendiri menganggapnya sebagai beban.

Tugasan atau kerja yang diberi pada kita bukannya beban sekiranya kita menganggap ianya sebagai satu tanggungjawab. Beban ni blh jadi senang dan ringan sekiranya dilaksanakan dengan cara yang betul dan sesuai. Klau kerja bnyak, buat ramai-ramai pasti cepat siap. Kerjasama itu penting.

Bila perkara yang kita anggap sebagai beban kita jadikan sebgai stau cabaran dan tugasan yng perlu kita siapkan. Kita mesti boleh buat. Yakin. In shaa Allah mesti boleh punya.

Monday, 19 October 2015

Potret

Saya sangat suka melukis sejak kecil lagi. Selalunya tdk suka bagi tngok orang lain lukisan yang sy buat. Tapi ap salahnya kongsi lukisan potret yang masih dalam proses pembelajaran sebenarnya. lukisan pertama yang sy lukis dalam bentuk potret ialah gambar family.


Ini gambar mak dgn bapa. inilah kali pertama melukis muka orang. Cubaan pertama. cubaan yang kedua lukis muka adik
Melukis lah yang aku buat utk isi masa lapang selain menonton kartun. walaupun tdk serupa sepenuhnya, sekurang- kurangnya cuba. Klau boleh mau belajar dengan orang yang blh mengajar cara- cara melukis yang lebih baik dan cantik hasilnya. Semua orang ada hobi yang berbeza. Ada yang lebih suka bersukan dan buat aktiviti mengeluarkan peluh, ada yang duduk di bilik dan baca buku, lain orang lain perwatakan dan kegemarannya. Tidak semua orang suka apa yang kita suka. Tidak semua orang benci apa yang kita benci. Lebih baik kita jadi diri sendiri.

10.10

tarikh ni cantik.. 10.10. Bulan dimana umurku genap 20. Hari dimana genap 10 hari sahabat ku kembali ke rahmatullah. Sahabat tercinta Muhammad Zakwan. Al-fatihah.

Walau apa pun terjadi kita kena teruskan hidup. Jalankan hidup macam biasa. Pergi kelas, pergi mkn, minum buat kebiasaan yg kita selalu buat. Tidak ad manusia yang sempurna. Pasti akan ada yang buat salah jadi perbetulkan balik. Jadikan pengajaran.

Pada tarikh ini ada macam-macam yang berlaku. Ada yang kahwin, ada yang sambut hari lahir, ada yang baru mula kerja, ada yang pencen dan macam macam lagilah. apa yang jadi hari ni tidak semestinya akan berjalan lancar sepetimana yang kita inginkan. Kita hanya mampu merancang tuhan yang menentukan. Jadi kena sentiasa bersedia. Apapun kena fikir positif. Setiap yang jadi hari ni pasti ad hikmahnya. Syukur kita masih boleh bernafas. Selalu ingat klau hari ini susah bagi kita, mungkin ada orang yang lebih susah dari apa yang kita lalui.

Sahabat

'no man is an island'

tidak ad seorang manusia pun yang hidup sendiri di dunia ini. mustahil. manusia pasti akan berurusan dgn manusia. Sahabat/kawan/teman  mempunyai maksud yang sama. Pastinya semua org mempunyai kawan. Kawan sepermainan, kawan sejak kecil, kawan baik, kawan makan, kawan belajar dan bnyak jenis lagilah. Tapi satu yg org akan hargai adalah sahabat baik yang selalu bersama tdk kira susah senang gembira ataun sedih. Sahabat yg tdk akan lupa dgn kita. Shabat yg kenal kita ni siapa.



Susah mahu jumpa dgn sahabat yang macam tu. Jadi kita kenalah hargai mereka. Jngan menyesal bila mereka sdah tdk ad lagi. Setiap tempat kita pergi pasti kita akan bertemu dgn sahabat baru. Tapi ingat jgnlah lepas dapat kawan baru lupa kawan yg lama.



Hargai dan sayang sahabat kita :)

Mentor

mentor adalah seseorng yang mengajar dan memberi pertolongan kepada orang yang lebih muda atau kurang pengalaman.

mentor ni selalunya diaplikasikan dalam sek.  ad juga dalam organisasi contohnya pejabat. penggunaan konsep mentor memberi kesan yang baik sekiranya dilaksanakan dgn baik. mentor kena bimbing dan membantu mentee supaya terus bermotivasi dan semangat. Mentor mentee ni tidak berguna sekiranya tdk dilaksanakan dgn baik. mentor kenalah ikhlas dan membantu dengan sehabis baik kpd mentee. Mentee kena bagi kerjasama dan mengikut kata mentor kerana mereka lebih berpengalaman. Tetapi kenalah fikir jg. Ikut kata mentor yang baik dan betul ja. 

Selalunya mentor adalah seorang yang berpengalaman dan berilmu lebih dari mentee. Jadi mentee kenalah mnggunakan manfaat sepenuhnya dari sini untuk mendapatkan sebanyak ilmu yang mungkin dr mentor. Mentor akan dijadikan sbg contoh dan pemberi semngat bg mentee. Oleh sbb itu mentor mestilah seorang yg blh dijadikan cnth.

Tuesday, 29 September 2015

Obses

Obses adalah satu situasi dimana seseuatu yang mengganggu atau sesuatu yang menggoda dan sentiasa ada dalam fikiran seseorang. Contohnya perempuan yang obses dengan warna merah jambu atau dalam bahasa inggeris iaitu "pink". wanita ini mempunyai semua barang miliknya dengan berwarna merah jambu. Hal ini kerana dirinya beranggapan bahawa merah jambu adalah sesuatu yang cantik dan satu-satunya yang bagus dimatanya. Tanpa mengira tanggapan dan persepsi orang lain terhadap warna merah jambu. Wanita ini sanggup berkorban demi mendapatkan warna kegemarannya. Salah satu pengorbanan yang sanggup dilakukan olehnya adalah sanggup menghabiskan wang ringgit demi mendapatkan barang mewah berwarna merah jambu. Seseorang yang mempunyai obses mempunyai keburukan dan kelebihannya sendiri. Terpulang kepada individu itu sendiri, kerana obses itu banyak jenis. Sekiranya merbahaya dan memudaratkan adalah lebih baik jika dikawal dan cuba dipulihkan.

Diri saya


         Noraini binti Muhammad Idris adalah nama saya dan berumur 20 tahun. Keluarga dan kawan-kawan memanggil saya dengan gelaran Eni. Saya berasal dari sabah negeri di bawah bayu. Saya datang dari keluarga yang kecil iaitu dua orang adik beradik, mak dan bapa. Saya merupakan anak sulung perempuan dan mempunyai seorang adik lelaki. Bapa saya bekerja sebagai pemandu lori dan mak  sebagai suri rumah. Saya dan adik masih belajar. Saya telah menyambung pengajian di ukm dalam bidang pentadbiran perniagaan dan mengambil pengkhususan dalam pengurusan sumber manusia. Tahun ini telah masuk tahun 2 pengajian saya. Saya adalah seorang yang pendek dan kecil orangnya. Lebih gemar meluangkan masa dengan melukis dan menonton kartun. Tapi mempunyai kelemahan sering membuat kerja pada saat-saat akhir. Ini adalah sedikit sahaja tentang diri saya yang boleh saya kongsikan.